Friday, April 10, 2009

Raised from the Dead! by Rev. Reinhard Bonnke

Rev Reinhard Bonnke & Pastor Sam

Rev Dr. Billy Graham - Just Say NO!

Rev Dr. Billy Graham - Many Decades One Message

Rev Dr. Billy Graham - TIMELESS TRUTH !!!

Rev Dr Billy Graham Denies Jesus Is The ONLY WAY To The Father

TUHAN PEDULI -Agnes Monica

Find Christians In Your City

Rev. Dr. David Yonggi Cho - Berlin

Rev Dr. Stephen Tong - Siapakah Yesus?

Miracles in Nigeria 13 - Raising the Dead

JESUS IS THE ANSWER -Ade Manuhutu

:: BAHAN-BAHAN DOA ::

:: ALAMAT GPDS SABAH ::
P. O. BOX 13891, 88845 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA.
:: DOA UMUM ::
1. Doakan untuk kesihatan Gembala Daniel Payu, isteri gembala supaya dapat melayani dengan kekuatan baru.
2. Doakan semua anak-anak gembala yang masih belajar supaya sihat, rajin dan senantiasa ribu membantu pelayanan di GPdS GTawau.
3. Doakan Imauel yang sedang belajar di Politeknik Mukah supaya sihat dan iman nya juga terus bertumbuh.
4. Doakan Gembala Amos Petrus dan isteri supaya sihat, rajin dan berhikmat dalam segala urusan keluarga merekadan pelayanan juga.
5. Daokan kepimpinan utama GPdS Pusat iaitu Pdt. David K. Rumanggi (Presiden), Ev. Win Gaulu (Setiausaha Agung) dan Ibu Hernie Mozihim (Bendahari Agung) supaya terus diberkati Tuhan. Biarlah berkat Tuhan senantiasa bersama-sama mereka.
6. Doakan juga Fresco F dan Glarie Listra yang sedang study di UMS. Biarlah hikmat Tuhan bersama-sama mereka.
7. Doakan Pembukaan GPdS Kota Kinabalu dalam segala keperluan dapat disediakan oleh Tuhan melalui mereka yang dipilih Tuhan. Rencana buka pada tahun 2009 ini.
8. Doakan GPdS Sipitang. Keluarga Pak Dorus, Pak Panai, Pak Dikson dan semua jemaat di saba.
9. Doakan Gembala Paulus Joseph dan keluarga yang sedang melayani di Kuala Lumpur. Biarlah berkat Tuhan bersama-sama mereka.
10. Doakan Ev. Win Gaulu supaya terus dipakai Tuhan pelayanan di Campus Crusade dalam bahagian pelajar Sekolah Menengah.
11. Doakan Pak Jonyson dan keluarganya supaya sihat dan terus di pakai Tuhan.
12. Doakan Gladys Veron yang baru habis study di Universiti Sarawak dan kini sudah kerja. Biar dia juga dipakai Tuhan terus.
13. Doakan Pdt. Imam Sularso dan keluarga semua supaya terus menerus dipakai Tuhan secara luar biasa terus.
Sesiapa yang ada bahan-bahan doa terus kirimkan ke email ini: gpdsonline@gmail.com

KELENGKAPAN GPdS JEMAAT TAWAU

  1. KEY BOARD
  2. GITAR
  3. BASS
  4. DRUM
  5. AIR CON (7 BUAH)
  6. KIPAS (5 BUAH)
  7. MICROFON (5 BIJI)
  8. KERUSI 9(100 BUAH)
  9. DUA BUAH BILIK PASTORI (dengan Air-Con)
  10. DAPUR dan kelengkapannya.

KESELAMATAN ( SALVATION )

SALVATION
( Keselamatan )
1. PENDAHULUAN
2. DOKTRIN TENTANG ALKITAB.
3. DOKTRIN TENTANG ALLAH.
4. DOKTRIN TENTANG YESUS KRISTUS.
5. DOKTRIN TENTANG MANUSIA.
6. KEJATUHAN MANUSIA DALAM DOSA.
7. DOKTRIN TENTANG KESELAMATAN
8. DOKTRIN TENTANG BAPTISAN AIR.
9. GARIS-GARIS BESAR DAN KESIMPULAN.

ROH KUDUS

ROH KUDUS
( Holy Spirit )

1. PENDAHULUAN.
2. PRIBADI RIH KUDUS.
3. KEILAHIAN ROH KUDUS.
4. PENGHARGAAN TERHADAP ROH KUDUS.
5. LAMBANG DAN TIPOLOGI ROH KUDUS.
6. PERANAN ROH KUDUS.
7. BAPTISAN ROH KUDUS.
8. PRODUK / AKIBAT BAPTISN ROH KUDUS.
9. KARUNIA-KARUNIA RIH KUDUS.
10. BUAH ROH KUDUS.
11. GARIS-GARIS BESAR DAN KESIMPULAN.

KESEMBUHAN DAN BERKAT

DIVINE HEALING & BLESSING
(Kesembuhan & Berkat)
I. CITRA DIRI
II. KERAJAAN ALLAH.
III. TABERNAKEL.
IV. PERANAN KORBAN YESUS DALAM KESEMBUHAN DAN BERKAT.
V. GEREJA TUHAN DAN BERKATNYA.
VI. KUNCI MENERIMA KEKAYAAN ALLAH.
VII. KEHIDUPAN ROHANI.

KRDATANGAN TUHAN YESUS KEDUA KALI

KEDATANGAN TUHAN YESUS KALI KEDUA
( Second Coming )
I. KATA PENGANTAR
II. PENDAHULUAN
KEDATANGAN YESUS KEDUA
III. URUTAN PERITIWA KEDATANGAN YESUS YANG KEDUA.
IV. KEBANGKITAN PERTIWA & KEDUA
V. SORGA
VI. KARAKTER ORANG-ORANG KERAJAAN ALLAH
VII. KEMULIAAN KERAJAAN ALLAH.
VIII. KESIMPULAN DAN GARIS BESAR.

Thursday, April 9, 2009

Gereja Pantekosta di Sabah - Jemaat Tawau

KEBAKTIAN UMUM : Gereja: Jam 8:00 AM (Ahad)
SEKOLAH MINGGU : Gereja : Jam 10:00 AM (Ahad)
KEBAKTIAN RUMAHTANGGA : Jam 7:30 PM (Rabu)
DOA PUASA : Jumaat.
PERSEKUTUAN DOA : Gereja : Jam 7:30 PM (Jumaat)
RAPTAI KEBAKTIAN UMUM: Gereja : Jam 7:30 PM (Sabtu)
Untuk Info selanjutnya : gpdsonline@gmail.com

Team Doa GPdS - Jemaat Tawau

:: PRESIDEN GPdS :: PDT. DAVID K. RUMANGGI, B.Th ::
:: GEMBALA SIDANG :: Gembala Daniel Payu
:: GEMBALA PEMUDA-PEMUDI :: Gembala Amos Petrus
Rasa Bebaslah Untuk Mengubungi mereka.
God Bless You.
:: ALAMAT SURAT ::
Peti Surat 13891, 88845 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

KEPUTUSAN PALING UTAMA

ANDA BOLEH MENERIMA YESUS KRISTUS SAAT INI JUGA DENGAN BERDOA BERDASARKAN IMAN:
(Doa ialah percakapan dengan Tuhan)Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia lebih mementing sikap hatimu daripada kata-katamu.
Berikut merupakan satu doa yang disrankan:
"Tuhan Yesus, aku memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk mengampuni dosa-dosaku. Aku membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang peribadi mengikut kehendak-Mu. Amin"
Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda?Jika ya, ucapkan doa ini sekarang jga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidupmu seperti yang telah dijanjikan-Nya.
Setelah anda berdoa terima Yesus hubungilah Team Doa Blog ini: gpdsonline@gmail.com

Saya baru percaya kepada Yesus… sekarang apakah yang perlu saya lakukan?

Saya baru percaya kepada Yesus… sekarang apakah yang perlu saya lakukan?
Tahniah! Kamu telah membuat satu keputusan yang boleh menukar nasib hidup kamu! Mungkin kamu bertanya, “Sekarang apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya perlu mengikut Tuhan dalam perjalanan ini?” Lima langkah di bawah ini akan memberi kamu petunjuk daripada Kitab Injil. Apabila kamu mempunyai soalan sepanjang perjalanan kepercayaan kamu, sila melawat laman http://gpdsonline.blogspot.com
1. Pastikan kamu memahami penyelamatan.
1 Yohanes 5:13 memberitahu kita, “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.” Tuhan mahu kita memahami makna penyelamatan. Tuhan ingin kita mempunyai penuh keyakinan bahawa kita telah diselamatkan. Secara ringkas, biar kita membaca maklumat penting mengenai penyelamatan:
(a) Kita semua telah berdosa. Kita telah melakukan perkara yang tidak dipersetujui oleh Tuhan (Roma 3:23).
(b) Kerana dosa kita, kita patut dihukum dan dipisahkan daripada Tuhan selama-lamanya (Roma 6:23).
(c) Yesus mati di atas salib untuk menebus dosa kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21). Yesus menggantikan kita untuk mati, mengalami hukuman yang sepatutnya dialami oleh kita. Kebangkitan-Nya membuktikan kematian Yesus cukup berkesan untuk menebus dosa kita.
(d) Tuhan memberi pengampunan dosa dan penyelamatan kepada mereka yang percaya kepada Yesus – percaya kematian-Nya boleh menebus dosa kita (Yohanes 3:16; Roma 5:1, 8:1).
Inilah berita baik penyelamatan! Jika kamu percaya kepada Kristus Yesus dan menerimanya sebagai Penyelamat kamu, kamu akan diselamatkan! Semua dosa kamu diampuni dan Tuhan berjanji tidak akan meninggalkan kamu (Roma 8:38-39; Matius 28:20). Ingat, penyelamatan kamu adalah tetap dalam Yesus (Yohanes 10:28-29). Jika kamu percaya hanya Yesus sahaja merupakan Penyelamat kamu, kamu boleh yakin bahawa kamu akan hidup bersama Tuhan secara abadi di syurga.
2. Mencari sebuah gereja baik yang mengajar Kitab Injil.
Jangan menganggap gereja sebagai sebuah bangunan. Gereja ialah orang kristian. Penting untuk semua penganut kristian berhubung sesama sendiri. Ini adalah tujuan utama gereja. Sekarang kamu telah percaya kepada Tuhan, kami menggalakkan kamu mencari sebuah gereja yang mengikuti ajaran Kitab Injil di kawasan kamu dan berbincang dengan pastor. Biar dia tahu kepercayaan baru kamu pada Yesus Kristus.
Tujuan kedua gereja ialah mengajar Kitab Injil. Kamu boleh belajar mempraktikkan ajaran Tuhan dalam kehidupan. Menghafal Kitab Injil adalah penting supaya kamu dapat menjalani kehidupan agama Kristian yang berjaya dan berkuasa. 2 Timotius 3:16-17 menyatakan, “Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.” Tujuan ketiga gereja ialah memuja Tuhan. Memuja ialah berterima kasih kepada Tuhan kerana kebaikan-Nya. Tuhan telah menyelamatkan kita. Tuhan membekalkan kita rahmat. Tuhan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kita. Bolehkah kita tidak berterima kasih kepada Tuhan? Tuhan adalah suci, baik, penuh dengan kasih sayang, belas kasihan dan penuh rahmat. Wahyu 4:11 mengumumkan, "Ya Tuhan dan Allah kami! Engkau sahaja yang layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kekuasaan, kerana Engkaulah yang menciptakan segala sesuatu, dan dengan kehendak-Mu juga segala sesuatu itu wujud dan hidup."
3. Meluangkan masa setiap hari untuk menberi tumpuan kepada Tuhan.
Adalah sangat penting bagi kita meluangkan masa bersama Tuhan setiap hari. Ada orang yang menamakannya “masa persendirian”. Ada yang memanggilnya “masa kesetiaan”, kerana masa itu telah kita dedikasikan kepada Tuhan. Ada orang yang memilih waktu pagi, ada pula yang memilih waktu malam. Pada sebarang waktu pun boleh. Yang penting ialah kamu selalu meluangkan masa bersama Tuhan. Apakah yang perlu kamu lakukan pada masa itu?
(a) Berdoa. Doa ialah cara yang mudah untuk berhubung dengan Tuhan. Berbual dengan Tuhan mengenai beban fikiran dan masalah kamu. Minta Tuhan memberi kamu kebijaksanaan dan petunjuk. Minta Tuhan memenuhi keperluan kamu. Beritahu Tuhan bahawa kamu mengasihi-Nya dan menghargai kebaikan yang dilakukan-Nya kepada kamu. Semua ini ialah perkara yang penting dalam doa.
(b) Membaca Kitab Injil. Selain daripada mempelajari Kitab Injil di gereja – kamu perlu membaca Kitab Injil sendiri. Kitab Injil mengandungi semua maklumat yang perlu anda ketahui supaya anda boleh menjadi seorang Kristian yang berjaya. Kitab Injil mengandungi petunjuk Tuhan untuk membuat keputusan yang bijak, mengetahui hati Tuhan, bagaimana berhubung dengan orang lain, bagaimana meningkatkan rohani kamu. Kitab Injil ialah Firman Tuhan untuk kita. Kitab Injil ialah petunjuk Tuhan yang amat penting dan ia mengajar kita bagaimana hidup dengan cara yang menggembirakan Tuhan dan memenuhi kepuasan manusia yang baik.
4. Memupuk hubungan dengan orang yang dapat membantu rohani kamu.
1 Korintus 15:33 menyatakan, “Janganlah kamu tertipu! Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak yang baik.” Kitab Injil penuh dengan amaran bahawa orang jahat akan memberi pengaruh yang buruk kepada kita. Kita akan tergoda untuk berbuat jahat jika bersama dengan orang yang melakukan aktiviti maksiat. Kelakuan mereka yang tidak baik akan mempengaruhi kita. Oleh itu adalah penting untuk kita berhubung dengan mereka yang mengasihi Tuhan dan taat setia kepada-Nya.Cuba cari satu atau dua kawan, mungkin daripada gereja kamu, orang yang dapat membantu dan menggalakkan kamu (Ibrani 3:13; 10:24). Minta kawan kamu menggalakkan kamu bertanggungjawab kepada Tuhan dalam semua aspek kehidupan kamu. Kamu sendiri pun harus membantu orang lain. Hal ini tidak bermakna kamu perlu memutuskan hubungan dengan kawan-kawan yang tidak percaya kepada Yesus. Sebaliknya, kekalkan persahabatan dan kasihilah mereka. Biar mereka tahu bahawa Yesus telah mengubah nyawa kamu dan kamu tidak boleh mengikut semua perbuatan mereka. Minta Tuhan untuk memberi peluang kepada kamu supaya kamu boleh berkongsi dengan mereka mengenai kebaikan Yesus.
5. Pembaptisan.
Ramai orang salah faham terhadap pembaptisan. Perkataan “baptis” bermakna terendam di dalam air. Pembaptisan ialah satu upacara rasmi bagi Kristian untuk mengumumkan kepercayaan kamu dan dedikasi kamu terhadap Kristus. Perbuatan terendam ke dalam air bermakna dikebumikan bersama Yesus. Perbuatan keluar dari air bermakna kebangkitan daripada kematian. Pembaptisan menunjukkan kamu bersama Yesus melalui proses kematian, pengebumian dan kebangkitan (Roma 6:3-4).
Pembaptisan tidak akan menyelamatkan kamu. Pembaptisan tidak akan membersihkan dosa kamu. Pembaptisan hanya ialah langkah menunjukkan kesetiaan kamu, mengisytiharkan kepercayaan kamu kepada Yesus di hadapan orang ramai. Pembaptisan adalah penting kerana merupakan satu langkah untuk menunjukkan kesetiaan – mengumumkan kepercayaan kepada Kristus dan mendedikasikan diri kamu kepada-Nya. Jika kamu bersedia untuk dibaptis, beritahulah pastor gereja kamu.

Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?

Soalan: Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?
Jawapan: “Asalkan saya seorang yang baik, saya akan pergi ke syurga.” “OK, mungkin saya melakukan kejahatan juga, tetapi kebaikan yang saya lakukan lebih banyak, oleh itu saya akan pergi ke syurga.” “Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka walaupun saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Zaman telah berubah!” “Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.”
Semua ini adalah fikiran logik kebanyakan orang, tetapi hakikatnya ialah, semua ini adalah pembohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, menanam fikiran seperti ini di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran manusia yang tidak berpihak kepada Tuhan. “Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan.” (2 Korintus 4:4).
Adalah satu pembohongan jika kita percaya bahawa Tuhan tidak mempedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk “orang yang amat jahat”. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu pembohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada sesiapa pun yang cukup baik untuk pergi ke Syurga dengan usaha sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada kebaikan kamu yang melebihi kejahatan kamu; kita semua akan gagal jika hal ini ialah kriterianya. “Pilihan Tuhan itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Tuhan. Jika pilihan Tuhan itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Tuhan itu bukanlah rahmat yang sejati” (Roma 11:6). Kita tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan jalan ke syurga (Titus 3:5).
“Masuklah melalui pintu yang sempit itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan ramai orang yang masuk melaluinya” (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, Tuhan tidak akan menerima alasan ini. “Kamu hidup di dalamnya, kerana kamu mengikut jalan dunia ini, kerana kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, iaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang durhaka” (Efesus 2:2).
Semasa Tuhan mencipta dunia ini, dunia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan mencipta Adam dan Hawa dan memberi mereka fikiran bebas supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi Tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Hawa, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Hal ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan maka kita tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula dengan-Nya di syurga. “Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”.(Yohanes 3:16). “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.” (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia menjadi satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu.
"Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Kamu, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.”(Yohanes 17:3). Ramai orang yang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, meninggalkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan segala yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. “Kita dianggap betul oleh Tuhan apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah lakukan dahulu” (Roma 3:22). Kitab Injil menyatakan tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus berkata di Yohanes 14:6, “Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.”
Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain yang mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh agama Kristian. Tiada agama lain yang boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada “pengasas agama” yang menyatakan Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) – cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti merupakan manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! “Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun selain di dalam Dia, kerana di bawah langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan”(Kisah Para Rasul 4:12).
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini”.

Siapakah Roh Kudus?

Soalan: Siapakah Roh Kudus?
Jawapan: Terdapat banyak salah faham mengenai identiti Roh Kudus. Ada orang yang menganggap Roh Kudus sebagai kuasa mistik. Ada pula orang yang menganggap Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang boleh diperolehi oleh orang yang percaya kepada Kristus. Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai identiti Roh Kudus? Secara ringkas, Kitab Injil mengatakan bahawa Roh Kudus ialah Tuhan. Kitab Injil juga mengatakan bahawa Roh Kudus mempunyai Pendirian, suatu Kewujudan yang mempunyai fikiran, emosi dan niat.
Fakta-fakta yang menunjukkan Roh Kudus ialah Tuhan boleh dilihat dengan ketara dalam banyak ayat-ayat suci Kitab Injil seperti Kisah Rasul-Rasul 5:3-4. Dalam ayat ini, Petrus menegur Ananias dan bertanya mengapa dia menipu Roh Kudus dan berkata bahawa Ananias “bukan hanya menipu manusia tetapi juga Tuhan.” Adalah ketara bahawa menipu Roh Kudus adalah sama dengan menipu Tuhan. Kita juga boleh mengetahui bahawa Roh Kudus ialah Tuhan kerana Dia mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat ketuhanan. Sebagai contoh, Roh Kudus hadir di semua tempat seperti yang dikatakan di Mazmur 139:7-8, “Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada roh-Mu, ke manakah aku dapat lari dari hadirat-Mu? Jika aku pergi ke syurga, Engkau di sana; jika aku tidur di alam maut, Engkau di sana juga.” Kemudian di 1 Korintus 2:10 kita dapat melihat sifat maha-pengetahuan Roh Kudus. “Tetapi melalui Roh-Nya, Allah menyatakan rancangan-Nya kepada kita. Roh Allah menyelidiki segala sesuatu, bahkan rancangan Allah yang paling tersembunyi sekalipun.”
Kita ketahui bahawa Roh Kudus adalah Bersendirian kerana Dia mempunyai fikiran, emosi dan tekad. Roh Kudus berfikir dan mengetahui (1 Korintus 2:10). Roh Kudus boleh dipisahkan (Efesus 4:30). Roh Kudus membuat rayuan bagi pihak kita (Roma 8:26-27). Roh Kudus membuat keputusan mengikut kehendaknya sendiri (1 Korintus 12:7-11). Roh Kudus ialah Tuhan, Orang Ketiga dalam Triniti. Seperti Tuhan, Roh Kudus boleh berfungsi sebagai Penasihat dan Pembawa ketenangan yang dijanjikan oleh Yesus (Yohanes 14:16,26; 15:26).

Bagaimana saya boleh mengatasi dosa dalam kehidupan Kristian saya?

Soalan: Bagaimana saya boleh mengatasi dosa dalam kehidupan Kristian saya?
Jawapan: Kitab injil membincangkan perkara-perkara berikut yang membolehkan kita mendapat kuasa bagi mengatasi dosa.
(1) Roh Kudus – Hadiah yang diberikan oleh Tuhan kepada orang Kristian (Gereja) supaya dapat hidup dengan berjaya. Tuhan menunjukkan perbezaan ketara antara nafsu badan dengan buah daripada Roh Kudus di Galatia 5:16-25. Dalam perenggan itu, kita disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus. Semua penganut mempunyai Roh Kudus tetapi kita masih disuruh menjalani hidup melalui Roh Kudus iaitu mematuhi undang-undang Tuhan dan sudi diperintah oleh Roh Kudus. Hal ini bermakna membuat keputusan mengikut perintah Roh Kudus dan bukannya mengikut nafsu badan.
Kesan perbezaan ke atas hidup kita yang dibawa oleh Roh Kudus boleh dilihat melalui kehidupan Petrus, dia tidak mengaku Yesus sebanyak tiga kali sebelum disentuh oleh Roh Kudus, tetapi selepas itu dia berkata dia akan mengikut Yesus sampai mati. Selepas dipenuhi oleh kuasa Roh Kudus, dia berkhutbah dengan berani mengenai Yesus di hadapan orang Yahudi di Pentakosta.
Orang yang menjalani hidup melalui Roh Kudus tidak akan menghalang pengaruh Roh Kudus (1 Tesalonika 5:19 “Janganlah halang Roh Allah”) dan cuba diurapi oleh Roh Kudus (Efesus 5:18-21). Bagaimana seorang boleh dikuasai oleh roh kudus? Pertama sekali, ialah keputusan yang dibuat oleh Tuhan dalam Perjanjian Lama. Tuhan memilih orang tertentu dan dalam keadaan tertentu Tuhan memenuhi mereka supaya mereka berkuasa menyempurnakan kerja Tuhan (Kejadian 41:38; Keluaran 31:3; Bilangan 24:2; 1 Samuel 10:10; dan lain-lain). Saya percaya terdapat bukti di dalam Efesus 5:18-21 and Kolose 3:16 bahawa Tuhan memilih mereka yang memenuhi diri mereka dengan Firman Tuhan kerana kesan semua perkara itu adalah sama. Hal ini membawa kita kepada sumber berikut.
(2) Firman Tuhan, Kitab Injil – 2 Timotius 3:16-17 menyatakan bahawa Tuhan memberi kita Firman-Nya supaya kita boleh berbuat baik. Firman-Nya mengajar kita cara untuk hidup dan segala yang perlu dipercayai, membongkah kesalahan kita, membantu kita memperbetulkan kesalahan, dan berada di jalan yang betul. Ibrani 4:12 menyatakan bahawa, Firman Tuhan ialah kuasa yang boleh menusuk ke dalam hati kita dan menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui pengetahuan manusia. Mazmur 119:9,11,105 menyatakan bahawa Firman Tuhan ialah kuasa yang mengubah hidup kita. Yosua diberitahu bahawa punca kejayaannya semasa mengalahkan musuh (memenangi dosa) ialah tidak melupakan Firman Tuhan tetapi mengingatinya siang dan malam. Yosua mengikut prinsip ini dan berjaya dalam peperangan mendapatkan tanah janji Tuhan.
Sumber ini biasanya dianggap tidak penting oleh kita. Kita membawa Kitab ke gereja dan membacanya setiap hari, tetapi kita tidak mengingati ajarannya, tidak mengkaji dengan mendalam, tidak menggunakannya dalam kehidupan setiap hari, tidak mengaku kesalahan dosa kita dan lupa memuji Tuhan kerana memberi Firman-Nya kepada kita. Kita tidak tahu bahawa Firman Tuhan adalah penting untuk rohani kita. Kita hanya membaca sedikit daripada Firman Tuhan sebagai makanan rohani semasa pergi ke gereja (tetapi tidak cukup untuk pertumbuhan yang sihat) atau kita membaca tanpa meneliti maksudnya dan betul-betul memahami Firman Tuhan.
Jika kamu belum mempunyai tabiat membaca Firman Tuhan setiap hari secara serius, maka kamu perlu menerima sentuhan daripada Roh Kudus supaya mengingatkan kamu membaca Firman Tuhan dan membacanya setiap hari. Saya cadangkan kamu menulis Firman Tuhan yang pada pendapat kamu penting di dalam buku latihan. Pastikan kamu tidak melupakan Firman Tuhan yang penting semasa kamu membuat nota sendiri. Saya juga mencatatkan doa-doa saya dan meminta Tuhan untuk mengubah sebahagian daripada hidup saya yang tidak memuaskan. Kitab Injil ialah alat yang Roh Kudus gunakan dalam hidup kita (Efesus 6:17), satu bahagian yang amat penting iaitu perisai Tuhan untuk berperang dengan kuasa Syaitan (Efesus 6:12-18)!
(3) Doa – Satu lagi sumber penting yang diberikan oleh Tuhan. Sekali lagi, sumber ini selalu disebut sahaja oleh Tuhan tetapi tidak digunakan secara betul. Kita ada perhimpunan doa dan masa berdoa perseorangan, tetapi kita tidak berdoa dengan betul seperti gereja awal (Kisah Rasul 3:1; 4:31; 6:4;13:1-3, etc.). Paulus selalu memberitahu kita bahawa dia berdoa untuk mereka yang diajar olehnya. Tetapi kita mengabaikan kegunaan sumber ini. Tuhan memberi kita janji yang besar mengenai doa (Matius 7:7-11; Lukas 18:1-8; Yohanes 6:23-27; 1 Yohanes 5:14-15). Paulus juga mengatakan bahawa doa itu penting semasa berperang dengan kuasa jahat (Efesus 6:18).
Betapa pentingnya hal ini? Lihat kepada segala yang diberitahu oleh Yesus kepada Petrus di taman Getsemani sebelum penafian Petrus. Di sana, Yesus berdoa tetapi Petrus tidur. Yesus membangunkan dia dan berkata, “Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.” (Matius 26:41). Kita, seperti Petrus, mahu membuat segala yang betul tetapi tidak berkuasa. Kita perlu mengikut nasihat Tuhan iaitu selalu mencari, mengetuk pintu dan bertanya-tanya … dan dia akan memberikan kita kuasa yang kita perlukan (Matius 7:7). Tetapi kita perlu memberi lebih daripada kata-kata dari mulut sahaja.
Saya bukan mengatakan bahawa doa ini seperti ilmu sihir. Tuhan patut ditakuti dan dihormati. Doa ialah satu cara mengaku kelemahan kita dan kekuatan Tuhan yang besar dan bergantung kepada Tuhan untuk mendapatkan kuasa dan tenaga bagi melakukan segala yang Tuhan mahu kita lakukan dan bukannya segala yang kita mahu lakukan kerana nafsu kita sendiri (1 Yohanes 5:14-15).
(4) Gereja – sumber akhir ini juga sering kita lupakan. Semasa Yesus menghantar pengikutnya keluar, Dia menghantar mereka dua orang sekali (Matius 10:1). Apabila kita membaca cerita mubaligh di dalam Kisah Rasul, mereka bukan keseorangan tetapi bergerak dalam kumpulan. Yesus berkata bahawa apabila ada dua atau lebih orang berkumpul dalam namanya, Dia akan bersama mereka (Matius 18:20). Dia memerintah kita supaya jangan berhenti berkumpul dan menggunakan masa berkumpul itu untuk menggalakkan sesama sendiri dengan kasih sayang dan melakukan hal yang baik (Ibrani 10:24-25). Dia mahukan kita mengaku kesalahan masing-masing (Yakobus 5:16). Melalui kebijaksanaan Perjanjian Lama, kita diberitahu bahawa besi menajamkan besi, jadi seseorang boleh membetulkan kawannya (Amsal 27:17) "Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian? Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan." (Pengkhutbah 4:11-12). Tenaga kita berganda jika kita bersatu padu.
Terdapat orang yang mencari rakan lelaki atau perempuan di dalam gereja dan berkongsi pengalaman mereka mengenai hidup mereka mengikut ajaran agama Kristian dan berusaha mengatasi masalah ketidakpercayaan. Mereka juga berdoa untuk satu sama lain dengan menggunakan Firman Tuhan.Kadang-kadang perubahan datang dengan segera.
Kadang-kadang dalam keadaan tertentu perubahan adalah lambat. Tetapi Tuhan berjanji bahawa jika kita menggunakan sumber yang diberikan oleh-Nya, Dia akan membawa perubahan yang baik ke dalam hidup kita. Kita mesti sentiasa percaya bahawa Tuhan taat kepada janji-Nya sendiri.

Mengapa saya tidak boleh membunuh diri?

Soalan: Mengapa saya tidak boleh membunuh diri?

Jawapan: Saya bersimpati dengan mereka yang ingin menamatkan nyawa mereka dengan membunuh diri. Jika kamu juga berfikir demikian, hal ini mungkin disebabkan oleh pelbagai emosi, seperti putus asa dan hilang harapan. Kamu mungkin berasa kamu berada dalam keadaan yang paling buruk and sukar, dan kamu meragui terdapat harapan untuk memulihkan keadaan yang buruk itu. Tiada sesiapa yang mempedulikan kepentingan kamu. Kehidupan seperti tidak bernilai lagi….betul tak?

Kita semua sering mengalami emosi yang melemahkan tekad kita. Semasa saya berada dalam keadaan yang buruk, soalan yang saya fikirkan adalah, “Mungkinkah hal ini bermakna Tuhan yang mencipta saya?” “Adakah Tuhan terlalu lemah untuk membantu saya?” “Adakah masalah saya terlalu besar untuk Dia?”

Saya sukacita untuk memberitahu kamu bahawa jika kamu mengambil masa yang singkat untuk membenarkan Tuhan menjadi Tuhan yang sebenar dalam kehidupan kamu sekarang, Dia akan membuktikan betapa besar keupayaannya! “Bagi Allah tiada perkara yang mustahil”(Lukas 1:37). Mungkin kesan luka daripada kesakitan sebelum ini masih menyebabkan kamu berasa ditolak dan disingkirkan. Hal ini akan menyebabkan kurang rasa kasih-diri, penuh dengan kemarahan, perasaan benci, rasa berdendam, ketakutan dan sebagainya. Semua ini akan mengakibatkan timbulnya masalah dalam hubungan kamu dengan orang lain. Walau bagaimanapun, perbuatan membunuh diri hanya akan menyedihkan orang yang kamu sayang dan masalah emosi akan dialami oleh mereka seumur hidup mereka.

Mengapa kamu ingin membunuh diri? Kawan, tidak kira betapa buruknya kehidupan kamu, masih terdapatnya seorang Tuhan yang mencintai kamu dan menunggu untuk membimbing kamu mengatasi terowong kesusahan, dan masuk ke dalam cahaya-NYA. Dia ialah harapan yang kekal dan namanya YESUS.

Yesus, Anak Tuhan yang tanpa dosa, sudi berada di sisi kamu semasa kamu ditolak dan dihina. Nabi Yesaya menulis mengenai Yesus dan katanya, “Tuhan menghendaki hamba-Nya membesar seperti tunas yang tumbuh di tanah gersang. Rupanya tidak elok ataupun tampan, sehingga kita tidak tertarik kepadanya. Tiada apa-apa padanya yang menarik hati, yang membuat kita mengingini dia. Kita menghina dan menolak dia, dia menderita kesengsaraan dan kesakitan. Tidak seorang pun hendak memandang dia; kita pun tidak mempedulikan dia. Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya, penyakit kitalah yang dideritanya. Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu hukuman Allah baginya. Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya. Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi TUHAN menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.” (Yesaya 53:2-6).

Kawan, Yesus menderita supaya kesemua dosa kamu dapat diampuni! Tidak kira betapa beratnya dosa kamu, Yesus akan mengampuni kamu jika kamu mengaku salah (tidak berdosa lagi dan pulang kepada Tuhan). “Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuji Aku.” (Mazmur50:15) Tiada sebarang dosa kamu yang tidak boleh dibersihkan oleh Yesus. Beberapa nabi Tuhan pernah melakukan dosa yang besar, seperti Musa yang membunuh, Daud berzina, Paulus menyerang kumpulan kristian yang terawal. Tetapi mereka masih mendapat pengampunan dosa dan mendapat nyawa yang baru di dalam Tuhan. “Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi menusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.” (2 Korintus 5:17)

Mengapa kamu tidak boleh membunuh diri? Kawan, Tuhan sudi memperbaiki apa yang “dipecahkan”…iaitu, kehidupan kamu yang menderita, yang mengakibatkan kamu ingin membunuh diri. Nabi Yesaya tulis: “Roh Tuhan ada padaku, Dia telah mengurapi aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara. Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan ketibaan masa bagi Tuhan untuk menyelamatkan umat-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh mereka. Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan mereka yang berduka, untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan. Mereka akan menjadi seperti pokok yang ditanam oleh Tuhan sendiri. Mereka akan melakukan hal yang benar, dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.” (Yesaya 61:1-3).

Kembali kepada Yesus, benarkan Dia memulihkan kegembiraan dan kepentingan kamu jika kamu percaya Dia akan memberi satu nyawa yang baru di dalam kamu. “Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku, baharui batinku agar menjadi teguh. Maka aku akan mengajar jalan-Mu kepada orang yang bersalah, dan orang yang berdosapun akan bertaubat kepada-Mu. Lepaskanlah aku daripada hutang darah, ya Tuhan! ya Tuhan, yang menyelamatkanku! maka lidahku akan memuji segala kebenaran-Mu. Ya Tuhan! bukakanlah bibirku, maka mulutku akan memasyhurkan pujian-Mu.” (Mazmur 51:12, 15-17).

Hendakkah kamu menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu dan pedoman hidup kamu? Setiap hari dia akan memberi tunjuk ajar bagi fikiran dan langkah kamu, melalui Firman-Nya di dalam Kitab Injil. “Tuhan berfirman, ‘Aku akan menunjukkan jalan yang harus kau ikuti. Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.’”(Mazmur 32:8). “Dan memberikan keamanan kepada umat-Nya. Dia sentiasa melindungi umat-Nya serta memberi mereka kebijaksanaan dan pengetahuan. Harta mereka yang paling berharga adalah hormat dan takut kepada Tuhan.” (Yesaya 33:6). Di dalam Kristus, kamu akan mengalami kesusahan, tetapi kamu mempunyai harapan. Dia adalah “seorang sahabat yang lebih rapat daripada saudara kandung” (Amsal 18:24). Semoga restu daripada Tuhan Yesus akan bersama kamu semasa kamu mengalami kesusahan dan berada dalam keadaan kritikal untuk membuat keputusan.

Jika kamu ingin percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat kamu, kata kepada Tuhan di dalam hati kamu, “Tuhan, saya perlukan kamu dalam kehidupan saya. Sila ampuni semua dosa saya. Saya percaya kepada Yesus Kristus dan menerimanya sebagai Penyelamat saya. Sila bersihkan dosa saya, ubati saya, dan pulihkan kegembiraan ke dalam kehidupan saya. Terima kasih Tuhan kerana Kamu mengasihi saya dan memberikan Anak kamu kepada saya supaya dosa saya dapat diampuni.”

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini”.

Bagaimana saya boleh memahami kehendak Tuhan untuk hidup saya?

Soalan: Bagaimana saya boleh memahami kehendak Tuhan untuk hidup saya?
Jawapan: Terdapat dua faktor penting untuk mengetahui kehendak Tuhan dalam sesuatu keadaan (1) Pastikan segala yang kamu minta dan kehendak kamu tidak bercanggah dengan ajaran Kitab Injil. (2) Pastikan segala yang kamu minta dan hendak lakukan akan memberi kemuliaan kepada Tuhan dan membantu kamu membesar dari segi rohani. Jika kedua-dua faktor itu betul dan Tuhan masih tidak memberi kamu segala yang kamu mahu – maka mungkin Tuhan tidak bermaksud untuk memberikan kamu segala yang kamu inginkan. Ataupun kamu perlu menunggu lebih lama lagi untuk melihat kehendak Tuhan menjadi lebih ketara. Mengetahui kehendak Tuhan kadangkala susah. Manusia hendak Tuhan memberitahu mereka segala yang perlu dibuat – bekerja di mana, tinggal di mana, kahwin dengan siapa dan sebagainya. Roma 12:2 menyatakan, “Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah – iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.”
Tuhan jarang memberi kita maklumat secara terus dan spesifik. Tuhan membenarkan kita membuat pilihan dalam perkara-perkara tertentu. Pilihan yang tidak dibenarkan oleh Tuhan ialah pilihan yang menentang Tuhan dan berdosa. Tuhan mahu kita membuat pilihan yang seiring dengan kehendak Tuhan yang baik. Jadi, bagaimana kamu boleh mengetahui kehendak Tuhan untuk kamu? Jika kamu berjalan rapat dengan Tuhan dan benar-benar mahu mematuhi kehendak Tuhan – Tuhan akan menaruh kehendak-Nya ke dalam hati kamu. Faktor penting adalah mempunyai keinginan untuk mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak kamu sendiri yang berdosa. “Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik, tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat. Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.”(Mazmur 37:3-4). Jika Kitab Injil tidak membantah segala yang kamu mahu dan kehendak kamu secara ikhlas boleh memanfaatkan rohaniah kamu – maka Kitab Injil memberi kamu “kebenaran” untuk membuat pilihan dan mengikut hati kamu sendiri dalam perkara-perkara tertentu.

Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?

Soalan: Adakah penyelamatan melalui Kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?
Jawapan: Mungkin soalan ini ialah soalan yang paling penting dalam teori agama Kristian. Soalan ini ialah punca Reformasi – perpecahan antara gereja Protestan dan Katolik. Soalan ini ialah perbezaan penting antara agama Kristian yang benar dengan ajaran sesat yang lain. Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja atau melalui kepercayaan dan juga kerja? Adakah saya diselamatkan melalui kepercayaan pada Yesus atau saya perlu percaya dan juga membuat sesuatu untuk mendapat penyelamatan?
Soalan mengenai kepercayaan atau kepercayaan dan juga kerja menjadi mengelirukan kerana terdapat petikan-petikan Kitab Injil yang susah diselaraskan. Bandingkan Roma 3:28, 5:1 dan Galatia 3:24 dengan Yakobus 2:24. Kita dapat melihat bahawa terdapat perbezaan antara Paulus (penyelamatan melalui kepercayaan sahaja) dan Yakobus (penyelamatan melalui kepercayaan dan kerja). Sebenarnya, buku Paulus dan Yakobus tidak bercanggah. Percanggahan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang adalah mengenai pertalian antara kepercayaan dan kerja. Dogma Paulus menyatakan bahawa penyelamatan dan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja (Efesus 2:8-9) tetapi Yakobus nampaknya mengatakan bahawa justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja. Masalah ini boleh diselesaikan dengan meneliti segala yang dikatakan oleh Yakobus. Yakobus menafikan kepercayaan bahawa seseorang boleh mempunyai kepercayaan yang benar tanpa menghasilkan kerja yang baik (Yakobus 2:17-18). Yakobus menekankan bahawa seorang Kristian yang benar akan menghasilkan kerja yang baik dan hidup yang berubah mengikut ajaran Kitab Injil (Yakobus 2:20-26). Yakobus tidak mengatakan bahawa justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja, tetapi seseorang yang benar-benar telah menerima justifikasi akan menunjukkan perubahan melalui hidup dan perbuatannya yang menjadi baik dan suci mengikut ajaran Kitab Injil. Jika seseorang mendakwa bahawa dia itu penganut agama Kristian tetapi perbuatannya buruk – maka mungkin dia bukan benar-benar percaya kepada Yesus (Yakobus 2:14, 17, 20, 26).
Paulus juga menyatakan perkara yang sama dalam penulisannya. Penganut yang baik mesti menunjukkan hasil perbuatan yang baik seperti yang disenaraikan di Galatia 5:22-23. Selepas memberitahu kita bahawa penyelamatan adalah melalui kepercayaan dan bukan kerja (Efesus 2:8-9), Paulus memberitahu kita bahawa kita dicipta untuk membuat kerja yang baik (Efesus 2:10). Paulus berharap kita akan mengubah cara hidup dan nyawa kita seperti yang dikatakan oleh Yakobus, “Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi menusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.” (2 Korintus 5:17)! Yakobus dan Paulus tidak bercanggah dalam ajaran penyelamatan. Mereka menghuraikan topik yang sama dari sudut yang berbeza. Paulus menekankan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja manakala Yakobus menekankan fakta bahawa kepercayaan dalam Yesus mesti menghasilkan kerja yang baik.

Adakah ketuhanan Kristus itu berdasarkan kitab Injil?

Soalan: Adakah ketuhanan Kristus itu berdasarkan kitab Injil?
Jawapan: Selain daripada pengakuan Yesus sendiri, pengikut-pengikutnya juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Mereka mengatakan bahawa Yesus mempunyai hak untuk mengampuni dosa – sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh Tuhan, kerana manusia berdosa terhadap Tuhan (Kisah Rasul 5:31; Kolose 3:13; bandingkan dengan Mazmur 130:4; Yeremia 31:34). Mengenai ketuhanan-Nya, Yesus dikatakan akan “menghakimi orang yang hidup dan yang mati” (2 Timotius 4:1). Tomas berkata kepada Yesus, “Tuhanku dan Tuanku!” (Yohanes 20:28). Paulus memanggil Yesus “Tuhan yang Maha Kuasa dan Penyelamat kita” dan membuktikan bahawa sebelum Yesus menjelma semula, Yesus sudah ada dalam “rupa Tuhan” (Filipi 2:5-8). Orang Yahudi menulis mengenai Yesus, "Takhta-Mu, ya Tuhan, akan kekal selama-selamanya” (Ibrani 1:8). Yohanes berkata bahawa “Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama dengan Tuhan dan Firman [Yesus] itu adalah Tuhan” (Yohanes 1:1). Contoh ayat-ayat Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Kristus (lihat Wahyu 1:17; 2:8; 22:13; 1 Korintus 10:4; 1 Petrus 2:6-8; bandingkan dengan Mazmur 18:2; 95:1; 1 Petrus 5:4; Ibrani 13:20), namun mana-mana satu daripada ayat-ayat ini pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Yesus dipercayai ialah Tuhan oleh para pengikut-Nya.
Yesus juga diberikan gelaran yang hanya diberikan kepada Yahweh (nama rasmi Tuhan) dalam Perjanjian Lama. Gelaran “Penyelamat” dari Perjanjian Lama (Mazmur 130:7; Hosea 13:14) digunakan pada Yesus dalam Perjanjian Baru (Titus 2:13; Wahyu 5:9). Yesus dipanggil Imanuel (“Tuhan menyertai kita” dalam Matius 1). Dalam Zakharia 12:10 Yahweh berkata "dan mereka akan memandang orang [Bahasa Inggeris: “kepadaKu”] yang telah mereka tikam.” Namun Perjanjian Baru menggunakan ayat ini pada penyaliban Yesus (Yohanes 19:37; Wahyu 1:7). Jika Yahweh adalah yang ditikam dan dipandang, dan Yesus adalah yang ditikam dan dipandang, maka Yesus adalah Yahweh. Paulus menerangkan kata-kata Yesaya 45:22-23 dengan menggunakannya pada Yesus dalam Filipi 2:10-11. Selanjutnya, nama Yesus digunakan bersama-sama dengan nama Yahweh dalam doa, “Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan” (Galatia 1:3; Efesus 1:2). Jika Kristus tidak mempunyai sifat ketuhanan, maka hal ini adalah suatu penghinaan kepada Tuhan. Nama Yesus diletakkan bersama dengan nama Yahweh dalam perintah Yesus untuk membaptis “dalam nama [bentuk tunggal] Bapa dan Anak dan Roh Kudus” (Matius 28:19; lihat pula pada 2 Korintus 13:14). Dalam Wahyu Yohanes berkata bahawa segala ciptaan memuji Kristus (sang Anak Domba) – oleh itu Yesus bukanlah sebahagian daripada ciptaan.
Perbuatan-perbuatan yang hanya dapat dilakukan oleh Tuhan juga dilakukan oleh Yesus. Yesus bukan hanya membangkitkan orang mati (Yohanes 5:21; 11:38-44) dan mengampuni dosa (Kisah Rasul 5:31; 13:38), Dia juga mencipta dan memelihara alam semulajadi (Yohanes 1:2; Kolose 1:16-17). Fakta ini lebih hebat apabila kita teringat bahawa Yahweh mengatakan Dia bersendirian ketika mencipta alam (Yesaya 44:24). Selanjutnya, Yesus memiliki sifat-sifat yang hanya dimiliki oleh Allah: kekal (Yohanes 8:58), sentiasa hadir (Matius 18:20; 28:20); Maha tahu (Matius 16:21), Mahakuasa (Yohanes 11:38-44).
Mengakui diri-Nya ialah Tuhan dan memperbodohkan orang ramai untuk percaya bahawa Dia benar-benar ialah Tuhan sama sekali berbeza dengan membuktikan diri-Nya ialah Tuhan. Kristus membuktikan dakwaan-Nya dengan banyak keajaiban serta kebangkitan-Nya dari antara orang mati. Antara keajaiban Yesus ialah: menukar air menjadi wain (Yohanes 2:7); berjalan di atas air (Matius 14:25); melipatgandakan benda-benda fizikal (Yohanes 6:11), menyembuhkan orang buta (Yohanes 9:7) dan orang lumpuh (Markus 2:3); serta orang yang sakit (Matius 9:35; Markus 1:40-42); bahkan membangkitkan orang mati (Yohanes 11:43-44; Lukas 7:11-15; Markus 5:35). Tambahan pula, Yesus sendiri bangkit dari antara orang mati. Sangat berbeza dengan cerita-cerita dongeng mengenai kematian dan kebangkitan dewa-dewi dalam agama-agama kafir, tidak dapat dibandingkan dengan kebangkitan dalam agama-agama lain, dan tidak ada dakwaan-dakwaan lain yang begitu tepat selain daripada Kitab Injil. Menurut Dr. Gary Habermas, terdapat sekurang-kurangnya dua belas fakta sejarah yang patut diakui oleh sarjana-sarjana bukan Kristian:
1. Yesus mati di atas salib.
2. Dia dikuburkan.
3. Kematian-Nya menyebabkan para pengikutnya kecewa dan putus asa.
4. Kubur Yesus didapati (atau dikatakan begitu) dalam keadaan kosong beberapa hari kemudian.
5. Para pengikutnya percaya bahawa mereka telah melihat Yesus yang bangkit.
6. Selepas itu, para pengikutnya berubah dari sifat ragu-ragu menjadi orang yang percaya dan berani.
7. Berita ini adalah inti pemberitaan dalam gereja pada mulanya.
8. Berita ini diberitakan di Yerusalem.
9. Sebagai hasilnya, gereja ditubuhkan dan berkembang.
10. Hari kebangkitan (hari Minggu) menggantikan hari Sabat (hari Sabtu) sebagai hari utama untuk beribadat. 11. Tomas, seorang yang mencurigai kebangkitan Yesus akhirnya bertobat ketika dia melihat Yesus yang bangkit.
12. Paulus, musuh orang Kristian, bertobat setelah mengalami pengalaman bertembung dengan Yesus yang bangkit.
Jika ada sesiapa yang menolak dakwaan-dakwaan yang teliti ini, hanya beberapa daripada dakwaan ini sudah cukup untuk membuktikan kebangkitan Yesus dan kebenaran kitab Injil: kematian Yesus, perkuburan, kebangkitan dan kemunculan semula Yesus (1 Korintus 15:5). Walaupun terdapat beberapa teori yang mampu menjelaskan satu atau dua fakta-fakta di atas, tetapi hanya kebangkitan Yesus yang dapat menjelaskan kesemuanya. Para pengkritik mengakui bahawa para pengikut mendakwa bahawa mereka melihat Yesus yang telah bangkit. Baik tipu muslihat mahupun pengkhayalan tidak mungkin dapat mengubah seseorang sebagaimana yang telah dilakukan oleh kebangkitan Yesus. Pertama sekali, apakah keuntungan bagi mereka? Agama Kristian bukan hal yang diterima oleh orang ramai pada waktu itu dan mereka tidak akan memperolehi keuntungan dari segi kewangan. Kedua, pembohong-pembohong tidak akan mahu mati kerana kepercayaan mereka. Tidak ada penjelasan yang lebih baik mengenai kerelaan para pengikut untuk mati secara kejam demi iman mereka selain daripada kebangkitan Yesus. Memang benar ramai orang yang mati untuk pembohongan yang mereka rasakan benar, namun tidak akan ada orang yang bersedia untuk mati bagi sesuatu yang mereka ketahui adalah tidak benar.
Sebagai kesimpulan, Kristus mendakwa bahawa Dia adalah Yahweh, Dia adalah Tuhan, bukan hanya dewa, tetapi Tuhan yang sejati; para pengikut-Nya (orang-orang Yahudi yang takut kepada penyembahan berhala) percaya kepada-Nya dan memanggil-Nya Tuhan. Kristus membuktikan dakwaan-Nya bahawa Dia adalah Tuhan melalui mukjizat-mukjizat, termasuk kebangkitan-Nya yang mengubah dunia. Tidak ada hipotesis lain yang dapat menjelaskan fakta-fakta ini.

Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum dalam Kitab Zabur?

Soalan: Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum dalam Kitab Zabur?
Jawapan: Langkah penting untuk memahami isu ini adalah mengetahui bahawa hukum-hukum Kitab Zabur adalah diberi kepada Negara Israel dan bukannya kepada Kristian. Sebahagian daripada hukum-hukum itu adalah untuk membolehkan orang Israel mematuhi dan memuaskan syarat-syarat Tuhan (contohnya Sepuluh Perintah Tuhan); terdapat juga hukum yang mengajar orang Israel cara-cara menyembah Tuhan (sistem penyembahan); terdapat juga hukum yang membezakan Israel daripada bangsa-bangsa lain (peraturan makanan dan baju). Tiada lagi hukum Kitab Zabur yang mesti dipatuhi oleh Kristian pada masa ini. Semasa Yesus mati di atas Salib, Dia telah menamatkan keberkesanan undang-undang dalam Kitab Zabur (Roma 10:4; Galatia 3:23-25; Efesus 2:15).
Sebagai ganti kepada undang-undang dalam Kitab Zabur, kita adalah di bawah undang-undang Kristus (Galatia 6:2), iaitu “Hendaklah kamu saling menolong memikul beban. Dengan cara demikian kamu akan mentaati perintah Kristus. Yesus menjawab, “Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu. Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting! Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.” (Matius 22:37-40). Jika kita mematuhi kedua-dua hukum ini, kita telah melaksanakan segala yang diminta oleh Kristus, “Apabila kita mentaati perintah Allah, maka kita mengasihi Allah. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita.”(1 Yohanes 5:3). Secara teknikal, Sepuluh Perintah Tuhan juga tidak dikenakan ke atas Kristian. Walau bagaimanapun, sembilan perintah itu diulangi di perjanjian baru dalam Kitab Injil (kecuali mematuhi Hari Sabat). Sudah ketara bahawa jika kita mengasihi Tuhan, kita tidak akan menyembah tuhan atau dewa lain yang palsu. Jika kita mengasihi jiran kita, maka kita tidak akan membunuhnya, berbohong kepadanya, berzinah dengan isterinya, atau berasa tamak dan ingin merebut harta bendanya. Oleh itu, kita tidak tertakluk di bawah undang-undang dalam Kitab Zabur. Tetapi kita perlu mengasihi Tuhan dan jiran kita dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jika kita mematuhi hukum Kristus ini, maka keperluan moral lain akan dipenuhi juga.

Apakah Makna kehidupan?

Soalan: Apakah Makna kehidupan?
Jawapan: Apakah makna kehidupan? Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.
Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.
Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.” Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di dunia ini” (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.
Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).
Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?
Makna kehidupan dipulihkan melalui Yesus Kristus.
Seperti yang dikatakan tadi, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Sekarang, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperoleh apabila seseorang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah dan membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individu-Nya (baca soalan “Apakah rancangan penyelamatan?” untuk maklumat lanjut).
Sekarang, makna sebenar kehidupan bukan sahaja didapati apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga apabila orang itu mengikut and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikut-Nya, belajar daripada Yesus, membaca Kitab Injil, berhubungan dengan Yesus melalui doa dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintah-Nya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mungkin berkata, “Hal ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan bagi saya!” Tetapi sila terus membaca, Yesus berkata bahawa:
“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.” (Matius 11:28-30). “Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.”(Yohanes 10:10). “Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.” (Matius 16:24-25). “Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.”(Mazmur 37:4).
Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna).
Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada seorang rakan saya yang merupakan pastor. Jika kamu seorang peminat sukan dan hendak menonton satu perlawanan profesional, kamu boleh membeli tiket yang murah iaitu sebanyak beberapa ringgit dan duduk di bahagian belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di hadapan supaya dekat dengan perlawanan itu. Begitu juga dengan kehidupan Kristian. Melihat Tuhan secara dekat bukan untuk orang yang hanya menjadi Kristian pada hari Ahad. Mereka tidak membayar harga yang tinggi. Melihat Tuhan secara dekat adalah bagi pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaran-Nya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga melihat diri mereka, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan kesal! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu berbuat begitu? Jika Ya, kamu tidak akan berasa kekosongan atau mengalami kelaparan mencari makna kehidupan lagi.

Apakah agama Kristian dan apa yang dipercayai oleh Kristian?

Soalan: Apakah agama Kristian dan apa yang dipercayai oleh Kristian?
Jawapan: 1 Korintus 15:1-4 berkata, “Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu. Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia. Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.”
Secara ringkas, inilah kepercayaan agama Kristian. Agama Kristian adalah unik di antara semua kepercayaan, kerana agama Kristian adalah lebih kepada hubung dengan Tuhan daripada upacara keagamaan. Selain daripada mengikut satu senarai perkara yang boleh dilakukan dan yang jangan dilakukan, tujuan agama Kristian ialah mengikuti jalan yang disediakan oleh Tuhan. Hubungan itu boleh dijalin disebabkan oleh Yesus Kristus dan kerja Roh Kudus di dalam kehidupan Kristian.
Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad (2 Timotius 3:16, 2 Petrus 1:20-21). Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus.
Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi dosa telah memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23). Agama Kristian mengajar bahawa Yesus Kristus datang ke bumi sebagai Tuhan yang benar dan juga manusia yang benar (Filipi 2:6-11), dan mati di atas salib. Kristian percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit semula, dan sekarang berada di sebelah kanan Tuhan Bapa untuk membuat rayuan bagi pihak mereka yang percaya kepadanya (Ibrani 7:25). Agama Kristian mengatakan bahawa kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar denda dosa semua manusia dan pengorbanan ini memulihkan hubungan yang terputus antara Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-14, 10:10, Roma 6:23, 5:8).
Untuk diselamatkan, kita hanya perlu percaya sepenuhnya pada kerja yang disempurnakan oleh Yesus Kristus di atas Salib. Jika seseorang percaya bahawa Yesus telah mati untuknya dan bangkit semula daripada kematian, maka orang itu dapat diselamatkan. Manusia tidak dapat melakukan sebarang perkara untuk mendapat penyelamatan. Tiada sesiapa yang “cukup baik” untuk memuaskan Tuhan, kerana kita semua berdosa (Yesaya 64:6-7, 53:6). Selain itu, tiada apa lagi yang perlu dilakukan kerana Yesus sudah melakukan kesemuanya! Semasa Dia berada di atas salib, Dia berkata, “Sempurna” (Yohanes 19:30).
Kita tidak boleh melakukan sebarang perkara untuk mendapat penyelamatan. Sebaik sahaja seseorang percaya bahawa Kristus telah mati dan bangkit daripada kematian, maka orang itu tidak akan hilang penyelamatannya. Ingat, kerja penyelamatan telah dilakukan dan disempurnakan oleh Yesus. Penyelamatan tidak bergantung kepada manusia! Yohanes 10:27-29 mengatakan, “Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku. Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.”
Mungkin akan ada orang yang fikir, “Ini bagus – apabila saya sudah diselamatkan, saya boleh melakukan segala yang saya mahu, dan tidak akan hilang penyelamatan saya!” Tetapi penyelamatan bukannya melakukan segala yang kamu suka. Penyelamatan ialah bebas daripada kehidupan kamu yang berdosa sebelum ini, dan bebas mengejar cara hidup yang rapat dengan Tuhan. Asalkan penganut-penganut masih tinggal di dunia ini dalam keadaan asal yang berdosa, mereka akan terus berdepan dengan nafsu yang berdosa. Hidup dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan Tuhan, penganut agama Kristian yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, Kristian akan menang dalam pertempuran dengan dosa ini jika mereka membaca Kitab Injil dan mematuhi firman Tuhan dalam hidup mereka; serta sudi menerima ajaran daripada Roh Kudus; tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan melalui Roh Kudus.
Jadi, agama-agama lain memerlukan kita melakukan sesuatu untuk mendapat pahala yang baik, tetapi agama Kristian adalah mengenai hubungan baik dengan Tuhan. Agama Kristian adalah mengenai kepercayaan kepada Kristus yang mati di atas salib untuk membayar dosa kita, dan bangkit semula daripada kematian. Denda dosa kamu telah dibayar dan kamu boleh menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Kamu boleh memenangi sifat dosa semulajadi dan berjalan dengan Tuhan dalam keadaan taat-setia. Inilah agama Kristian yang sebenar mengikut ajaran Kitab Injil.

Adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama?

Soalan: Adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama?Jawapan:
Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada makna ayat “Tuhan yang sama”. Memang tidak dinafikan bahawa pandangan orang Muslim dan orang Kristian mengenai Tuhan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa Tuhan adalah muktamad, mahakuasa, memiliki pengetahuan yang tidak terhingga, berada di semua tempat, suci, adil dan tepat. Agama Islam dan agama Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama.
Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Tuhan orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep “penjelmaan”. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.
Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, “Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?” Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).

Jika saya menukar ke agama Kristian, keluarga saya tidak akan mengakui saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apakah yang boleh saya lakukan?

Soalan: Jika saya menukar ke agama Kristian, keluarga saya tidak akan mengakui saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apakah yang boleh saya lakukan?
Jawapan: Pengikut-pengikut Kristian di negara yang mempunyai kebebasan beragama sukar untuk memahami kesusahan pengikut Kristus di negara lain yang tiada kebebasan beragama. Kitab Injil yang merupakan firman Tuhan, memberi kefahaman tentang cabaran hidup dan kesusahan sebegini, tidak mengira masa dan tempat. Yesus telah mengatakan bahawa mengikutinya ialah pengalaman yang mencabar. Sebenarnya, pilihan ini memerlukan kita mengorbankan segala yang kita ada. Pertama, kita perlu mengorbankan diri. Yesus memberitahu orang ramai yang mengikutinya, "Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku.” (Markus 8:34). Salib ialah alat menjatuhkan hukuman mati dan Yesus menjelaskan bahawa mengikutinya bermakna mati terhadap diri. Semua nafsu dan keghairahan dunia ini hendaklah disalib supaya kita boleh mendapat nyawa baru di dalam Yesus, kerana tiada orang yang dapat melayani dua orang tuan (Lukas 16:13). Tetapi nyawa baru adalah lebih bernilai daripada segala yang kita boleh perolehi daripada dunia ini.
Kedua, mengikut Yesus mungkin boleh merosakkan hubungan kamu dengan keluarga dan kawan. Yesus menjelaskan di Matius 10:32-39 bahawa dia datang ke dunia ini untuk memisahkan pengikut-pengikutnya daripada keluarga mereka, tetapi bagi mereka yang tidak dapat benci (kurang kasihi) keluarganya tidak layak menjadi pengikutnya. Jika kita menafikan Kristus untuk berbaik-baik dengan keluarga di dunia ini, Dia akan menafikan kita di syurga. Jika ini berlaku, maka kita tidak akan dapat masuk ke syurga. Tetapi jika kita mengakui Yesus di depan orang, tidak mengira apa harga yang perlu dibayar, Dia akan memberitahu Tuhan, “orang ini kepunyaan saya, terimanya masuk ke Dunia Tuhan.” Hidup kekal ialah “mutiara yang sangat bernilai” di Matius 13:44-45 iaitu semua benda kita boleh dilepaskan demi hidup kekal. Adalah tidak bijak jika kita berpegang kepada benda-benda yang tidak kekal di dunia ini dan lupakan hidup kekal di akhirat. . “Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati?” (Markus 8:36). Seperti Jim Elliot, mubaligh yang dibunuh kerana membawa agama Kristian ke Huaorani Indian di Ekuador, berkata, “Orang itu adalah tidak bodoh jika dia memberi segala yang tidak boleh disimpan kekal untuk mendapat segala yang dia tidak mampu hilangkan."
Yesus menjelaskan bahawa penyeksaan demi-Nya memang tidak boleh dielakkan. Dia menggalakkan kita agar menghadapi kesukaran ini dan tidak berputus asa semasa menghadapi kesusahan. Dia menganggap mereka yang diseksa kerana percaya kepada-Nya sebagai satu “restu” dan mengingatkan kita bahawa “Berbahagialah orang yang dianiaya disebabkan kebenaran, kerana mereka memiliki Kerajaan di Syurga.” Dia juga mengingatkan bahawa kita yang kepunyaannya akan selalu diseksa. Nabi-nabi di Perjanjian Lama juga diseksa, dicabul, dianiayai, dibunuh dan dipecah-belah!(Ibrani 11:37) Semua pengikut Yesus (kecuali Yohanes yang dihantar ke pulau Patmos) telah dibunuh kerana percaya kepada Yesus. Tradisi mengatakan bahawa Petrus disalib terbalik kerana dia merasakan dirinya tidak layak mati seperti Yesus. Dia menulis, “Berbahagialah kamu, jika kamu dihina kerana kamu pengikut Kristus, kerana Roh kemuliaan, iaitu Roh Tuhan ada padamu.” (1 Petrus 4:14). Paulus dipenjara, dipukul dan dibaling batu semasa berceramah mengenai Kristus, tetapi dia menganggap penyeksaan ini kecil jika dibandingkan dengan kemuliaan pada masa depan (Roma 8:18).
Walaupun harga menjadi pengikut Yesus tinggi, tetapi terdapat juga upah sekarang dan di dunia akan datang. Yesus berjanji akan selalu bersama kita, sehingga ke dunia kiamat (Matius 28:20); Dia tidak akan meninggalkan kita (Ibrani 13:5); dia faham kesakitan dan kesusahan kita kerana Dia sendiri telah menderita untuk kita (1 Petrus 2:21); Kasih-Nya tiada had, Dia tidak akan menguji kita di luar kebolehan kita menerima cabaran itu dan Dia akan selalu menyediakan jalan keluar (1 Korintus 10:13). Apabila kita menjadi orang yang pertama menerima Yesus dalam keluarga kita, kita menjadi ahli keluarga Tuhan yang pertama dan merupakan duta Tuhan kepada orang yang kita kasihi dan juga kepada seluruh dunia ini. Jika begitu, kita akan menjadi alat kepada Tuhan untuk menarik lebih ramai orang kepada Tuhan, memberi kita kegembiraan sebenar dan di luar daya pemikiran kita.

ADAKAH KITAB INJIL BENAR-BENR FIRMAN TUHAN?

Soalan: Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?
Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bukan sahaja menunjukkan pandangan kita terhadap Kitab Injil dan kepentingannya dalam hidup kita, malah akan mempengaruhi kita sepanjang masa. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka kita perlu menghargai, mengkaji dan akhirnya percaya kepadanya. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka menafikan kitab Injil adalah sama dengan menafikan Tuhan sendiri.
Hakikat mengenai Tuhan dalam Kitab Injil telah membuktikan kasih-Nya kepada kita. Perkataan Wahyu bermakna Tuhan berhubung dengan manusia untuk memberitahu kita siapakah Dirinya dan bagaimana kita boleh mempunyai hubungan baik dengan Tuhan. Perkara-perkara itu tidak akan diketahui oleh manusia jika Tuhan tidak memberikan Wahyu melalui Kitab Injil. Walaupun Wahyu Tuhan di dalam Kitab Injil diberikan secara berperingkat selama 1500 tahun, ia mengandungi semua maklumat penting mengenai Tuhan supaya kita dapat mempunyai hubungan baik dengan-Nya. Jika Kitab Injil benar-benar firman Tuhan, maka ia adalah kewibawaan muktamad ke atas kepercayaan, peraturan agama dan akhlak kita.
Soalan yang patut kita tanya ialah bagaimana kita boleh pasti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan dan bukan hanya sebuah buku yang baik. Apakah sifat Kitab Injil yang unik yang membezakannya daripada buku-buku agama yang lain. Terdapatkah bukti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan yang benar? Soalan-soalan inilah yang patut kita kaji jika kita benar-benar ingin mengetahui sama ada kitab Injil itu Firman Tuhan, diberikan oleh Tuhan dan ajarannya lengkap untuk kepercayaan dan amalan agama.
Hakikatnya, Kitab Injil memang mengaku bahawa ia Firman Tuhan. 2 Timotius 3:15-17 dengan jelas menyatakan, “Dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus. Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.”
Untuk menjawab soalan-soalan ini kita perlu melihat bukti dalaman dan luaran. Bukti dalaman ialah kandungan Kitab Injil yang mempersaksikan bahawa ia berasal daripada Tuhan. Satu bukti dalaman yang membuktikan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan ialah kesatuannya. Walaupun kitab Injil terdiri daripada 66 buah buku yang berasingan dan ditulis di tiga benua, dalam bahasa yang berlainan, dalam masa 1500 tahun, oleh 40 penulis-penulis (daripada latar belakang yang berbeza), kandungan Kitab Injil masih mempunyai kesatuan dari permulaan hingga akhir tanpa percanggahan. Kesatuan ini adalah keunikan yang tidak terdapat di dalam buku-buku lain dan membuktikan bahawa asalnya adalah daripada Tuhan yang membantu manusia untuk menulis firman-Nya secara tepat.
Satu lagi bukti dalaman yang menunjukkan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan boleh dilihat daripada nubuat-nubuat yang teliti di dalamnya. Kitab Injil mengandungi beratus-ratus nubuat terperinci mengenai masa depan negara seperti Israel, masa depan bandar-bandar tertentu, masa depan manusia dan meramal kedatangan Messiah, penyelamat Israel dan dunia. Berbeza daripada nubuat dalam buku agama yang lain seperti Nostradamus, nubuat Kitab Injil adalah amat terperinci dan tidak pernah gagal. Terdapat 300 nubuat-nubuat mengenai Yesus Kristus di dalam Kitab Zabur. Bukan sahaja menyatakan tempat Yesus akan dilahirkan dan siapakah ahli keluarganya, malah bagaimana Dia akan mati dan bangkit semula selepas tiga hari. Tiada cara lain yang boleh menjelaskan nubuat-nubuat yang berlaku kecuali Kitab Injil itu betul-betul berasal daripada Tuhan. Tiada buku-buku agama lain yang mempunyai nubuat-nubuat seperti
Kitab Injil.Bukti dalaman yang ketiga ialah kewibawaan dan kekuasaannya yang unik. Walaupun bukti ini adalah lebih subjektif berbanding dengan kedua-dua bukti yang dinyatakan di atas, ia masih merupakan kesaksian yang berkuasa dan menunjukkan bahawa Kitab Injil berasal daripada Tuhan. Kitab Injil menpunyai kekuasaan yang unik dan berlainan daripada buku-buku agama lain. Kuasanya boleh dilihat daripada kehidupan orang ramai yang berubah selepas mereka membaca kitab Injil. Penagih dadah diubati, banduan yang berhati keras menjadi baik, orang yang berdosa ditegur, dan kebencian ditukar menjadi kasih. Kitab Injil mempunyai kuasa yang dinamik dan menyentuh hati manusia, hal ini hanya boleh dilakukan oleh Tuhan.
Selain daripada bukti dalaman, terdapat juga bukti luaran. Salah satu bukti ialah peristiwa sejarah dalam Kitab Injil. Kitab Injil menyatakan peristiwa dalam sejarah dengan terperinci maka ketepatan dan kebolehpercayaannya boleh disemak seperti buku sejarah yang lain. Melalui bukti-bukti kaji purba dan buku-buku sejarah lain, catatan sejarah Kitab Injil kerap terbukti tepat. Manuskrip kaji purba menyokong Kitab Injil dan menjadikannya sebuah buku yang boleh dipercayai sejak dari zaman dulu. Hakikat bahawa Kitab Injil menulis dengan tepat perkara-perkara dalam sejarah menunjukkan kebolehpercayaannya berkaitan dengan subjek agama dan doktrin kepercayaan, hal ini membantu menyokong hakikat bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan.
Satu lagi bukti luaran ialah integriti penulis-penulisnya. Seperti yang dikatakan dahulu, Tuhan menggunakan manusia yang berlainan latar belakang untuk menulis firman-Nya. Apabila kehidupan penulis-penulis itu dikaji, didapati bahawa mereka adalah orang yang jujur dan ikhlas maka boleh dipercayai. Kajian ke atas hidup mereka dan hakikat bahawa mereka sudi mati (dengan diseksa) untuk kepercayaan mereka, jelaslah menunjukkan bahawa manusia yang biasa itu benar-benar percaya Tuhan telah bercakap dengan mereka. Mereka yang menulis Kitab Injil dan pengikut-pengikut Yesus percaya akan Kitab Injil kerana mereka bersama dengan Yesus dan pernah melihat Yesus selepas Dia bangkit daripada kematian (1 Korintus 15:6). Kebangkitan Yesus memberi pengaruh yang kuat ke atas pengikutnya. Mereka tidak takut sehingga bersembunyi lagi, tetapi sudi mati untuk Tuhan yang menurunkan Wahyu kepada mereka. Kehidupan dan kematian mereka membuktikan bahawa Kitab Injil itu firman Tuhan.
Bukti luaran terakhir ialah Kitab Injil tidak dapat dihapuskan. Disebabkan Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang penting, maka ia sering diserang dan terdapat percubaan untuk menghapuskannya. Raja Roman seperti Diocletian, pihak komunis dan mereka yang tidak percaya kepada Tuhan cuba menghapuskan dan mengkritik Kitab Injil, tetapi Kitab Injil masih kekal wujud dan dicetak di seluruh dunia.
Sepanjang masa, mereka meragui dan menganggap Kitab Injil ialah cerita mitos, tetapi kaji purba telah membuktikan kebenaran sejarahnya. Pembangkang menentang dan mengatakan bahawa ia primitif dan ketinggalan zaman, tetapi ajaran moral dan peraturannya mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat dan kebudayaan di seluruh dunia. Ia terus diserang oleh sains, psikologi dan politik tetapi ia masih kekal wujud seperti masa dulu. Kitab injil ialah sebuah buku yang telah mengubah beribu-ribu nyawa dan kebudayaan sejak 2000 tahun dulu. Tidak kira bagaimana pembangkangnya cuba menentang dan memusnahkannya, Kitab Injil masih kekal kuat dan boleh dipercayai. Ketepatannya kekal walaupun terdapat percubaan untuk memusnahkannya, dan hal ini membuktikan bahawa ia ialah firman Tuhan yang benar. Kita boleh berasa kagum apabila melihat Kitab Injil kekal tidak berubah walaupun diserang dengan sengit. Tambahan pula, Yesus berkata, “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.” (Markus 13:31). Selepas mengkaji semua bukti dan fakta, kita boleh berkata dengan yakin bahawa “Ya, Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang benar.”

APAKAH SIFAT-SIFAT TUHAN? BAGAIMANA RUPANYA TUHAN?

Soalan: Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimanakah rupanya Tuhan?
Jawapan: Berita baik! Semasa kita cuba menjawab soalan ini, terdapat banyak perkara yang boleh kita ketahui mengenai Tuhan! Adalah baik bagi mereka yang mengkaji jawapan ini untuk membacanya sekaligus; kemudian mengimbas kembali dan membaca Kitab Injil untuk mendapat penjelasan lanjut. Merujuk kepada Kitab Injil adalah penting kerana tanpa kewibawaan daripada Kitab Injil, penjelasan hanya datang daripada pendapat manusia; dan hal ini selalunya tidak benar mengenai Tuhan (Ayub 42:7). Pernyataan mengenai ‘penting untuk kita cuba mengetahui Tuhan adalah satu pernyataan yang kurang tepat’! Kegagalan berbuat begitu akan menyebabkan kita membuat, mengejar dan menyembah tuhan palsu yang bercanggah dengan hasrat Tuhan (Keluaran 20:3-5).
Kita hanya boleh mengetahui segala yang Tuhan hendak dedahkan kepada kita. Salah satu sifat Tuhan ialah “cahaya”, hal ini bermakna Dia mendedahkan diri-Nya (Yesaya 60:19, Yakobus 1:17). Hakikat mengenai Tuhan mendedahkan diri-Nya tidak boleh diabaikan, agar kita tidak akan gagal mendapat rehat daripada Tuhan (Ibrani 4:1). Kejadian, Kitab, dan Firman menjadi manusia (Yesus Kristus) bagi membantu kita mengetahui Tuhan.
Biar kita mulakan dengan memahami bahawa Tuhan ialah Pencipta kita dan kita adalah sebahagian daripada ciptaannya (Kejadian 1:1, Mazmur 24:1). Tuhan mengatakan bahawa manusia dicipta menyerupai Tuhan. Manusia adalah di atas segala ciptaan lain dan diberi kuasa ke atas mereka (Kejadiaan 1:26-28). Penciptaan telah dicemarkan oleh “kejatuhan” tetapi hasil kerja Tuhan masih boleh dilihat (Kejadian 3:17-18, Roma 1:19-20). Dengan membayangkan kehebatan, kerumitan, keteraturan dan kecantikan penciptaan, kita akan dapat merasakan kehebatan Tuhan. Beberapa Nama Tuhan yang tertulis dalam kitab Injil boleh membantu kita memahami Tuhan. Contohnya:
Elohim – Yang kuat atau kekuasaan (Kejadian 1:1)
Adonai – Tuan atau bermakna hubungan antara Tuan dan pembantunya (Keluaran 4:10,13)
El Elyon – Paling tinggi atau yang paling kuat (Kajadian 14:20)
El Roi – Dia yang berkuasa dan melihat (Kejadian 16:13)
El Shaddai – Tuhan maha kuasa (Kejadian 17:1)
El Olam – Tuhan abadi (Yesaya 40:28)
Yahweh – TUAN “saya”, bermakna keabadian Tuhan (Keluaran 3:13,14)
Apabila kita mengkaji lebih lanjut mengenai sifat-sifat Tuhan; Tuhan adalah abadi, bermakna Dia tiada permulaan dan kewujudannya tidak akan berakhir. Tuhan tidak akan mati, tiada had (Ulangan 33:27; Mazmur 90:2; 1 Timotius 1:17). Tuhan tidak akan berubah, bermakna Dia tidak akan bertukar; maka Tuhan boleh diharap dan dipercayai dengan muktamad (Maleakhi 3:6; Bilangan 23:19; Mazmur 102:26,27). Tuhan tidak dapat dibandingkan, bermakna Dia adalah unggul; Dia adalah sempurna (2 Samuel 7:22; Mazmur 86:8; Yesaya 40:25; Matius 5:48). Tuhan tidak dapat diketahui sepenuhnya, bermakna Dia sangat mendalam dan tidak boleh dicari melebihi kefahaman manusia (Yesaya 40:28; Mazmur 145:3; Roma 11:33,34).
Tuhan adalah adil, bermakna Dia tidak pilih kasih (Ulangan 32:4; Mazmur 18:30). Tuhan adalah maha kuasa, bermakna kuasa-Nya tidak terhad; Dia boleh melakukan segala yang Dia mahu, tetapi perbuatan-Nya adalah berdasarkan sifat-sifatnya yang suci (Wahyu 19:6; Yeremia 32:17,27). Tuhan mengetahui segala-galanya termasuk sekarang, masa depan dan segala yang kita fikirkan; oleh sebab Dia mengetahui segalanya maka pengadilan-Nya betul (Mazmur 139:1-5; Amsal 5:21). Tuhan berada dimana-mana sahaja, dan hal ini bermakna Dia hadir di semua tempat, tetapi tidak bermakna Tuhan ialah semua benda (Mazmur 139:7-13; Yeremia 23:23).
Tuhan hanya satu, bermakna bukan sahaja tiada tuhan lain, tetapi juga hanya Dia yang dapat memenuhi keperluan hati kita, dan Dia sahaja yang boleh kita sembah (Ulangan 6:4). Tuhan adalah betul, bermakna Tuhan tidak akan berbuat salah; disebabkan kebetulan dan kesucian Tuhan maka dapatlah dosa kita diampuni, Yesus terpaksa menghadapi pengadilan daripada Tuhan semasa dosa kita diletakkan ke atasnya (Keluaran 9:27; Matius 27:45-46; Roma 3:21-26).
Tuhan adalah paling berdaulat, bermakna kedudukan-Nya adalah paling tinggi; semua ciptaannya tidak dapat mengubah tujuan Tuhan (Mazmur 93:1; 95:3; Yeremia 23:20). Tuhan ialah roh, bermakna Dia tidak dapat dilihat (Yohanes 1:18, 4:24). Tuhan ialah Triniti, bermakna Dia ialah tiga dalam satu, sama sifat, sama rata dalam kuasa dan kemuliaan. Tumpukan perhatian kepada perenggan pertama Kitab Injil yang menyatakan bahawa Tuhan adalah tunggal walaupun ia merujuk kepada tiga Individu – Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus (Matius 28:19; Markus 1:9-11). Tuhan ialah Kebenaran, bermakna Dia tidak bercanggah dengan sifat-sifat sendiri, Dia tidak akan merosot dan tidak akan menipu (Mazmur 117:2; 1 Samuel 15:29).
Tuhan adalah suci, bermakna Dia terpisah daripada segala perbuatan tidak moral dan membenci dosa. Tuhan murka terhadap dosa dan maksiat; api selalu melambangkan kesucian di dalam Kitab Injil. Tuhan dirujuk sebagai Api yang memusnahkan (Yesaya 6:3; Habakuk 1:13; Keluaran 3:2,4,5; Ibrani 12:29). Tuhan adalah rahmat – merangkumi kebaikan, belas kasihan dan kasih sayang Tuhan – kesemuanya menerangkan kebaikan Tuhan. Jika bukan kerana rahmat Tuhan,maka kita akan terus terpisah daripada semua sifat Tuhan. Nasib baik hal ini tidak berlaku, kerana Tuhan ingin mendekati kita secara individu (Keluaran 34:6; Mazmur 31:19; 1 Petrus 1:3; Yohanes 3:16; 17:3).
Semua ini adalah usaha-usaha yang sederhana untuk menjawap soalan yang sukar mengenai Tuhan. Kita semua digalakkan mencari kebenaran mengenai Tuhan (Yeremia 29:13).